Barbados Blackbelly

Barbados Blackbelly
Biri-biri jenis Barbados Blackbelly

Latar Belakang Ladang TAC

Sebidang tanah seluas 10 ekar dimana terletaknya Ladang TAC adalah tanah dusun buah-buahan yang ditanam dengan pokok-pokok durian, dokong, limau madu dan belimbing. Memandangkan dusun ini ditumbuhi dengan rumput yang subur, maka pemilik-pemilik (adik beradik) tanah ini bercadang menternak biri-biri dan lembu.
Pada mulanya iaitu pada 4 Februari 2008 dimasukkan 7 ekor biri-biri kacukan Dorper dengan membina sebuah kandang berukuran 20' x 20'.
Pada 18 Mei 2009 sebanyak 25 ekor biri baka Barbados Blackbelly yang dibeli dari Jabatan Veterina Malaysia (Ladang Ternakan Chalok, Trengganu) telah dibawa masuk dengan membina sebuah lagi kandang yang berukuran 20' x 20'. 
Setelah didapati pembiakkan biri-biri ini agak memberangsangkan, maka pada 1 Januari 2011, dusun ini dinamakan sebagai Ladang Ternakan Air Cina (TAC) yang berfungsi sebagai ladang untuk menternak, membiak dan membekal biri-biri baka Barbados Blackbelly serta kacukan yang lain. Nama Ladang TAC adalah diambil sempena nama tempat itu iaitu Kampung Air Cina.