Barbados Blackbelly

Barbados Blackbelly
Biri-biri jenis Barbados Blackbelly

Lokasi Ladang TAC

Ladang TAC terletak diatas sebidang tanah seluas 10 ekar di Mukim Batang Merbau, Jajahan Tanah Merah, Kelantan. 
Lokasinya ialah di tepi sebelah kiri Lebuhraya Timur Barat (hala ke Jeli) iaitu lebih kurang 16 km dari Bandar Tanah Merah, Kelantan (65 km. dari Bandar Kota Bharu) dan 1.5 km. dari simpang FELDA Kemahang.
Ladang TAC terletak berhampiran dengan Pusat Ternakan Lembu, Jabatan Veterina Kelantan dan Pusat Latihan Pertanian Batang Merbau.

Pemulihan Baka Barbados Blackbelly

Sejumlah 25 ekor baka Barbados Blackbelly yang dibawa masuk adalah terdiri daripada 5 ekor induk jantan dan 20 ekor induk betina. Kesemua 5 induk jantan dalam keadaan baik tetapi 20 induk betina yang diberi (jual) merupakan induk yang kurang baik (saki baki yang telah dipilih oleh penternak lain - rejected). Pihak Ladang TAC terpaksa memulihkan induk-induk betina selama 1 tahun dan mengalami kerugian kerana lebih daripada separoh induk betina mati akibat tidak terdaya (lemah) untuk melahirkan anak (gugur, lahir tak cukup bulan dan mati ketika melahirkan anak).
Syukur alhamdulillah yang dapat dipulihkan telah selamat melahirkan anak-anak yang sihat. Setakat 15 Februari 2011 terdapat 16 induk betina (8 ekor induk Barbados Blackbelly dan 8 ekor induk Dorper) yang telah melahirkan anak.

Pembiakan

Pembiakkan di Ladang TAC dijalankan dengan menggunakan 5 induk jantan terpilih (4 ekor baka Barbados Blackbelly dan 1 ekor baka kacukan Santa Ines/Dorper) untuk mengawan dengan 16 induk betina (8 ekor baka Barbados Blackbelly dan 8 ekor baka dorper). Biri-biri jantan yang lain diasingkan supaya tidak mengawan dengan induk betina bagi menjamin hasil baka yang baik.
Hasil pembiakan (kelahiran) dalam tahun 2010 hingga 31 Januari 2011 adalah seperti berikut:-

Bulan Mac 2010     -  3 ekor
Bulan Mei 2010      -  1 ekor
Bulan Jun 2010      -  2 ekor
Bulan Sept 2010    -  1 ekor
Bulan Okt 2010      -  2 ekor
Bulan Nov 2010     -  3 ekor
Bulan Dis 2010      -  5 ekor
Bulan Jan 2011      -  8 ekor
Bulan Mar 2011     -  1 ekor

Rutin Penjagaan

Setiap biri-biri yang dimasukkan (pembelian) dan yang lahir di ladang TAC telah ditandakan dengan tag pengenalan (warna merah) dengan identiti TAC XXX. Segala pembelian, kelahiran, kematian dan penjualan telah direkodkan dan disimpan dengan baik.
Setiap 3 bulan biri-biri diberi ubat cacing dan suntikan antibiotik akan diberikan sebelum musim hujan. Pegawai veterina dari Tanah Merah juga dijemput untuk memeriksa kesihatan biri-biri dan untuk mendapat khidmat nasihat.
Biri-biri yang melahirkan anak akan dikurungkan (diasingkan) selama 10 hingga 15 hari bagi memastikan anak yang baru dilahirkan mendapat susu ibu secukupnya.
Pada siang hari, biri-biri akan dikurung dalam kandang sehingga pukul 3.00 petang dan diberi makanan dedak (pelet) dan rumput napier. Pada pukul 3.00 petang hingga 7.00 petang biri-biri akan dilepaskan untuk meragut rumput.